Ma'had Tahfiz Sains Darul Muttaqin atau Masdar . Mempunyai 13 pendidik pendidik atau murabbi mithali dan 45 pelajar yang mempunyai matlamat yang sama iatu mencapai Redha Allah . Alhamdulillah , betapa beruntung nya aku , mendapat guru guru yang semestinya dijadikan khudwah hasanah , yang mempunyai kesabaran yang tinggi . Tak semua guru sekarang begitu . Bukan duit yang mereka cari , tetapi redha Allah yang mereka harapkan . Pelajar-pelajar nya yang gigih menghafal al-quran :)
sesungguhnya , belajar di masdar banyak mengajar diri ini erti kehidupan . pentingnya Al quran untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian . Terlalu banyak kenangan yang terpahat di masdar . Yang sudah pasti tidak dapat dilupakan . semua nya berlaku kerana Allah Taala . Bagaimana sahabat sahabat ku yang menjalinkan ukhuwah ?. Apabila bersama mereka , dapatku rasakan betapa manisnya ukhuwah . yang pasti tidak semua dapat rasakan . Mungkin kerana kami semua bertemu kerana Allah . dan saling mencintai kerana Nya . Memang , pada mulanya , semua mempunyai ego yang hmpir sama iaitu ' tidak mahu meminta maaf' . tetapi setelah sebulan bertaaruf , ego ego itu dapat dihakis sedikit demi sedikit .
berhijrahnya aku dari ibrah ke masdar , dan ku harapkan juga penghijrahan tersebut , maka berhijrah juga lah aku dari perkara2 yang di benci Allah kepada perkara perkara yang diredhai Allah . :) Wallahu a'lam .
Nukilan permulaan dari hamba yang hina lagi dhaif : Nur 'Atiroh :)
Puteri Puteri Masdar 2012
