Monday, October 1, 2012

Teratak Wakafan :')

First batch of masdar :D 

In the name of Allah , pena ini mula ku tulis untuk tatapan sahabat-sahabat akhwah , akhwat :'> 
Di teratak kg Raja , bermulalah kehidupan kami semua sebagai seorang penghafaz Al-quran , di teratak itu juga, kami menjalinkan kasih sayang dengan orang yang sangat rapat dengan kami semua :') Jiran-jiran yang banyak membantu . Hanya syukur dan doa yang dapat kami panjatkan . 

Sungguh , perancangan Allah itulah yang terbaik . Setelah 9 bulan kami di teratak itu , kami digemparkan dengan berita yang pasti telah mengejutkan hati semua orang . Kami akan berpindah ke tempat lain , pergi meninggal bumi wakafan kami yang telah banyak memori tercatat di sana :/ 
walaupun hati tidak menginginkan hal tersebut berlaku , apakan daya , kami hanyalah penumpang yang menumpang di tempat orang . Bumi wakafan tersebut tidak akan kami lupakan kelak . kerana di teratak bumi wakfan itulah , kami mula dibina . Allahuakbar ! 

Selama 3 hari , kami bergotong royong memindahkan barang . Ya , memang letih tetapi , apabila kita melakukan kerja bersama-sama , keletihan itu dapat diubati . Ya Allah , syukur pada Mu kerana memberi nikmat yang terlalu besar kepada kami semua , yang pasti tidak semua dapat merasainya :) 
Hari pertama gotong royong , ramai pakcik-II dan Makcik-II sahabat yang hadir , membantu mengangkat barang dan lain-II . tidak ketinggalan , abang-II matri jugak . melihat semangat mereka , kami semua juga semakin bersemangat dan bertenaga :))
Bantuan dari kalian amat kami hargai ;D Semoga Allah membalasnya .




          nukilan daripada : Hamba yang mencari redha Allah :'>